• Between Body and Code
    Premiering in Malaysia at Kuala Lumpur Festival 2026, Pichet Klunchun’s Chapter 2 reimagines khon through injury, introspection and an unexpected dialogue with AI – inviting audiences into a quietly powerful exploration of tradition, identity and change.

    AT Kuala Lumpur Festival 2026 this May, an intimate and quietly radical work arrives for its Malaysian premiere – one that invites audiences to look not only at dance, but at the body, memory and the shifting nature of tradition itself. Following its world premiere last September in Singapore, Chapter 2 is ready to wow audiences in KL.   

    Chapter 2, created and performed by Pichet Klunchun, marks a significant point in the artist’s evolving practice. Known internationally for reinterpreting khon – Thailand’s classical masked dance rooted in the Ramayana – Pichet has long worked at the intersection of heritage and experimentation. In this latest solo, he turns inward, revisiting his own artistic journey with greater vulnerability and clarity.    

    For those encountering his work for the first time, Pichet occupies a distinctive place in the global dance landscape. He began training in khon at 16 under master Chaiyot Khummanee, grounding himself in one of Thailand’s most codified classical forms.      

    Over the years, he has built a practice that bridges this tradition with contemporary performance, founding the Pichet Klunchun Dance Company in 2010 to develop new works rooted in Thai knowledge. His contributions have earned international recognition, including the European Cultural Foundation’s Princess Margriet Award and honours from France’s Order of Arts and Letters – affirming his role as an artist who connects cultures while reimagining tradition.


    Rather than presenting a conventional narrative, the work unfolds as a process of reflection. Following a sustained injury, Pichet found himself re-evaluating the physical precision demanded by khon. Movements once executed with certainty became something he had to renegotiate. Yet, instead of retreating, he began to see these constraints as openings.

    “After the injury, my relationship with movement changed,” he explains. “I could no longer rely on the basic structures of khon with the same precision as before. Instead, I began to see those limitations not as boundaries, but as openings where traditional culture and technology can work together.”       

    This change in approach forms the core of Chapter 2. The performance brings together the discipline of classical form with contemporary tools, including the use of artificial intelligence as a creative collaborator. What emerges is not a departure from tradition, but an expansion of it – one that questions authorship, the body and the evolving role of the performer.     

    On stage, the familiar story of the Ramayana is not retold in its entirety. Instead, it becomes a framework for dialogue. Pichet engages in an ongoing exchange – with the AI system, with the inherited vocabulary of khon, and crucially, with the audience. The result is a work that resists fixed interpretation, unfolding instead as a shared inquiry.     

    “What Chapter 2 presents is not a traditional khon performance,” Pichet notes. “The story becomes a shared dialogue between myself and AI, with the audience joining as part of the conversation.”


    For Kuala Lumpur audiences, the resonance may feel immediate. In a city where multiple cultural traditions intersect and evolve, Chapter 2 speaks to broader questions of identity and continuity. Pichet himself acknowledges this connection, describing the presentation at the festival as deeply meaningful.

    “The piece is a personal exploration that also speaks to universal questions about the body, tradition and change,” he says. “It invites audiences not only to witness my journey, but also to reflect on their own possibilities, potential and identity.”      

    Behind the scenes, producer Sojirat Singholka plays a key role in ensuring that the work retains its essence as it travels. Her approach is deliberately measured – maintaining the intimacy of the solo while allowing it to connect across contexts.    

    “I make sure the work delivers exactly what Pichet wants to say,” she explains. “He has full freedom in his artistic choices, and I support whatever he requests during the creation process. I also provide a dramaturg who understands his vision and history, so they can work closely together and guide the piece in the right direction. My role is to protect its introspective and physically grounded essence while keeping the production simple and easy to tour.”     

    Sojirat explains that instead of adapting to each venue, she usually provides a clear technical rider so presenters provide the proper stage size needed to maintain the intimate atmosphere with audiences. 

    “I collaborate with local partners to help audiences connect with its themes and take care of Pichet’s wellbeing so he can sustain the intensity of the solo – balancing fidelity to his vision with flexibility so the work resonates internationally without losing its integrity.”     

    This balance is evident in the work’s design. With Pichet himself responsible for set and lighting, the staging remains spare, drawing focus to the body and its shifting states. Collaborators including dramaturg Fu Kuen Tang and stage manager Kornkarn Rungsawang support the work’s structure, ensuring that its ideas remain accessible without diminishing its complexity.


    What ultimately defines this solo is its sense of openness. It does not present answers, nor does it seek to resolve the tensions it raises. Instead, it invites audiences into a space of contemplation – where tradition is not fixed, the body is not static, and technology becomes part of an ongoing conversation rather than a definitive tool.

    For dance enthusiasts and curious audiences alike, this Malaysian premiere offers a rare opportunity to encounter a work that is at once deeply personal and expansively relevant. In Chapter 2, the stage becomes a meeting point – between past and present, discipline and disruption, human and machine.

    And in that meeting, something quietly transformative begins to take shape.

    Experience Chapter 2 at Kuala Lumpur Festival 2026 this May 30&31 – and be part of a performance that invites you not just to watch, but to reflect, question and connect.

  • Antara Tubuh dan Kod
    Tayangan perdana Chapter 2 di Malaysia semasa KL Festival 2026 karya Pichet Klunchun menafsir semula Khon melalui pengalaman luka, perenungan diri dan dialog yang tidak dijangka dengan AI menjemput penonton untuk menyelami penerokaan damai namun berdaya sekitar tradisi, identiti dan perubahan.

    PADA bulan Mei nanti di KL Festival 2025, sebuah karya radikal dan senyap hadir dengan tayang perdananya di Malaysia. Karya ini menjemput para penonton bukan sekadar menyaksikan sebuah tarian, tetapi menatap tubuh, ingatan dan bagaimana tradisi tidak pernah kekal sama. Susulan tayangan perdana dunia pada September lalu di Singapura, Chapter 2 kini bersedia untuk mengagumkan penonton di Kuala Lumpur.

    Chapter 2, dicipta dan dipersembahkan oleh Pichet Klunchun, menandakan titik utama dalam perjalanan hidup seorang artis. Dikenali di persada antarabangsa melalui tafsiran semula khon – sebuah tarian topeng klasik Thailand yang berakar daripada Ramayana – Pichet tidak asing apabila beliau berdiri di persimpangan antara warisan dan eksperimen. Dalam persembahan solo terbaharunya ini, beliau merenung ke dalam diri dan menelusuri semula perjalanan seninya dengan lebih jujur dan jelas.    

    Bagi mereka yang pertama kali menonton, Pichet telah menempa nama yang khusus dalam dunia tarian sejagat. Beliau mula terlibat dengan tarian khon pada usia 16 tahun di bawah bimbingan adiguru Chaiyot Khummanee. Pada waktu inilah beliau mendalami salah satu bentuk kesenian klasik Thailand yang paling terikat dengan aturan dan tradisi.    

    Pada tahun-tahun berikutnya, beliau membangunkan pendekatan yang menjambatani warisan ini dengan persembahan kontemporari, lalu menubuhkan Pichet Klunchun Dance 
    Company pada tahun 2010 untuk mengembangkan karya baharu yang berpaksikan pengetahuan Thai.        
      
    Sumbangannya telah mendapat pengiktirafan antarabangsa, termasuk Anugerah Princess Margriet daripada Yayasan Kebudayaan Eropah serta penghormatan Darjah Kesenian dan Persuratan Perancis—mengukuhkan peranannya sebagai seniman yang merentas budaya, pada masa yang sama mengolah semula tradisi.


    Chapter 2 tidak menawarkan sebuah naratif yang lazim. Sebaliknya, karya ini mempamerkan sebuah proses perenungan. Pichet menilai dirinya semula setelah baik sembuh daripada kecederaan dan merenungi kehendak jasmani yang dituntut oleh khon. Pergerakan yang dilaksanakan dahulu dengan keyakinan kini menjadi sesuatu yang perlu dirunding semula. Walau bagaimanapun, beliau tidak berundur. Pichet mula melihat kekangan sebagai pembukaan.        

    "Perhubungan saya dengan pergerakan berubah selepas saya cedera,” jelas beliau. “Saya tidak boleh lagi bergantung kepada struktur asas khon dengan tuntutan yang sama. Sebaliknya, saya mula nampak keterbatasan bukan halangan tetapi pintu-pintu baharu yang menyaksikan bagaimana budaya tradisi dan teknologi boleh berganding bahu.”     

    Pendekatan berbeza inilah menjadi teras Chapter 2. Persembahan tersebut menggabungkan disiplin bentuk seni klasik dengan peralatan kontemporari, termasuklah kecerdasan buatan (AI) sebagai rakan kerja kreatif. Apa yang muncul tidak melihat tradisi ditinggalkan, tetapi menyaksikan bagaimana tradisi diperluaskan. Melalui Chapter 2, Pichet mengetengahkan persoalan sekitar hak milik, kemampuan tubuh dan perkembangan peranan seorang seniman.    

    Di pentas, kisah Ramayana yang dikenali ramai tidak diceritakan secara menyeluruh. Pichet menjadikan epik tersebut sebagai kerangka untuk dialog. Beliau terlibat dalam pertukaran yang berlanjutan bersama sebuah sistem AI serta gerak-geri yang diwarisi daripada khon. Dan paling utama, penglibatan beliau bersama para penonton. Hasilnya ialah sebuah karya yang menentang tafsiran tunggal. Hasilnya ialah sebuah karya yang diperkayakan oleh soalan-soalan yang dikongsi beramai-ramai.    

    Chapter 2 bukannya sebuah persembahan khon tradisional,” terang Pichet. “Kisah ini menjadi dialog yang dikongsi bersama oleh saya dan AI, kemudian karya ini turut membenarkan penonton untuk menyertainya.”


    Bagi penonton Kuala Lumpur, kesannya segera dirasai. Dalam konteks sebuah bandar yang menjadi titik persilangan pelbagai budaya dan tradisi berkembang, Chapter 2 hadir dengan mengetengahkan persoalan-persoalan tentang identiti dan kesinambungan. Pichet sendiri mengakui bahawa pertalian ini merupakan suatu perkara yang bermakna semasa beliau menerangkan penglibatan karyanya dalam pesta ini.

    “Karya ini merupakan penerokaan peribadi yang juga bertanyakan persoalan sejagat tentang tubuh, tradisi dan perubahan,” jelas beliau. “Karya ini menjemput para penonton bukan sahaja menyaksikan perjalanan saya, tetapi juga merenung kembali setiap kemungkinan, kemampuan dan keperibadian yang tersemat dalam sanubari para penonton.”      

    Di belakang tabir, Sojirat Singholka selaku penerbit Chapter 2 memainkan peranan mustahak bagi memastikan intipati karya ini terpelihara. Pendekatan yang diambil beliau jelas—keintiman karya solo ini dikekalkan, pada masa yang sama pertaliannya merentasi pelbagai ruang pengaruh lain dibenarkan.    

    “Saya memastikan karya ini disampaikan sebagaimana Pichet mahukan,” jelas Sojirat. “Beliau mahukan kebebasan sepenuhnya dalam pilihan keseniannya dan saya menyokong apa jua permintaan beliau semasa proses penciptaan berlaku. Saya juga menyediakan seorang dramaturg yang memahami sejarah dan wawasan Pichet supaya mereka boleh bekerja dengan rapat dan memandu karya ini ke haluan yang benar. Peranan saya ialah memelihara perenungan dirinya dan intipatinya yang sangat membumi, di samping memastikan produksi ini mudah dan senang untuk berjelajah.”     

    Bagi memudahkan jelajah mereka, jelas Sojirat, beliau akan menyediakan keperluan teknikal yang jelas daripada pihak penganjur supaya produksi mereka disediakan saiz pentas yang sesuai untuk mengekalkan suasana intim bersama penonton.     

    “Saya bekerjasama dengan rakan tempatan untuk membantu penonton berhubung dengan tema karya ini, serta menjaga kesejahteraan Pichet supaya beliau dapat mengekalkan kedalaman persembahan solo tersebut. Saya mengimbangi kesetiaan kepada wawasan beliau dengan kebolehsesuaian karya ini agar ketelusannya tidak hilang apabila berpanggung di pentas dunia.”      

    Dan pengimbangan tersebut terlihat dalam reka bentuk karya ini. Pichet sendiri bertanggungjawab bagi hal-hal set dan pencahayaan, pentas pula dibiarkan ringkas, sekaligus tumpuan penonton jatuh pada tubuh dan keadaannya yang berubah-ubah. Rakan kerja termasuklah dramaturg Fu Kuen Tang dan pengurus pentas Kornkarn Rungsawang yang menyokong rangka karya ini dengan memastikan gagasan tersebut masih mampu dicapai tanpa mencetekkan kedalamannya.


    Akhrinya, apa yang menentukan tarian solo ini ialah kerterbukaannya. Chapter 2 tidak hadir dengan jawapan nyata mahupun ingin melunaskan ketegangan yang berbangkit. Sebaliknya, karya ini menjemput para penonton memasuki ruang tafakur yang merenung bagaimana tradisi bukan sesuatu yang beku, tubuh bukan sesuatu yang kaku dan teknologi mampu menjadi sebahagian daripada dialog—bukan sekadar alat yang bisu.

    Bagi peminat dunia tarian mahupun penonton yang bersikap ingin tahu, tayangan perdana Malaysia ini menawarkan peluang keemasan untuk menyaksikan sebuah karya yang begitu peribadi, pada masa yang sama sangat relevan. Dalam Chapter 2, pentas menjadi titik tengah antara masa lalu dan masa kini; antara kecekalan dan kecelaan; antara insan dan peralatan.

    Dan di tempat pertemuan ini, sesuatu yang perubahan besar sedang berlaku secara perlahan-lahan.

    Saksikan Chapter 2 yang bakal berlangsung pada 30 & 31 Mei hanya di di KL Festival 2026. Ayuh sertai dan menjadi sebahagian daripada persembahan yang menyelami sanubari dan persoalan batin sekitar perenungan dan perhubungan yang mendalam.

© Copyright 2024 Think City Sdn. Bhd. All Rights Reserved. Registration Number: 200901026839 (869941-P).
Ooops!
Generic Popup2