Why does Kuala Lumpur need a festival like this at this moment in its cultural journey? What gap is the KL Festival meant to fill in the city’s creative and civic life?
KL is at an important point in its cultural journey. Over the years, the city has developed a rich and diverse cultural ecosystem, with strong practitioners, venues and initiatives spread across different communities and neighbourhoods. What this moment offers is an opportunity to bring these strengths together through a shared platform that is city-wide and civic in nature.
The KL Festival is meant to provide that connective layer. It does not replace existing cultural efforts, but helps link them, making culture more visible, accessible and participatory for a broader rakyat in general. By doing so, it creates a collective moment where culture is experienced as part of everyday urban life. As KL steps forward as a UNESCO Creative City, the festival also signals an intention to place culture at the heart of how the city continues to evolve.
We are deeply grateful to the many partners and collaborators who have come together to make this possible, helping to activate Downtown Kuala Lumpur as a vibrant cultural district for everyone.
Success for the KL Festival is not defined by scale or spectacle, but by continuity and relevance. Over time, the festival should become part of the city’s rhythm, something residents recognise, anticipate and feel connected to as a shared civic experience.
In the longer term, the festival can provide consistent opportunities for local talent to develop, collaborate and reach wider audiences, while remaining grounded in the KL’s cultural character. If the festival comes to be seen as a natural expression of the city’s values, openness, creativity and cultural exchange, rather than a standalone event, then it will have become part of the city’s identity.
Mengapa Kuala Lumpur perlu ada sebuah pesta seperti ini dalam perjalanan budayanya sekarang? Apakah kelompangan yang ingin Festival KL isikan dalam kehidupan kreatif dan sivik di kota ini?
Kuala Lumpur kini berada pada titik terpenting dalam perjalanan budayanya. Saban tahun, ekosistem budaya yang kaya dan pelbagai telah terbentuk daripada para pengamal, tempat dan inisiatif yang melangkaui berbilang komuniti dan kejiranan. Apa yang dapat ditawarkan sekarang ialah peluang untuk menyatukan kekuatan yang sedia ada melalui sebuah wadah bersama yang meliputi seluruh kota dan bersifat sivik.
Festival KL berperanan sebagai pemangkin perhubungan. Pesta ini bukan ingin mengganti usaha kebudayaan sedia ada, sebaliknya membantu menghubungkan daya tersebut dalam menjadikan budaya lebih diketengahkan, dicapai dan dilibatkan secara lebih merakyat dan umum. Demikian, pesta ini ingin mencipta sebuah gerakan kolektif yang melihat budaya dialami sebagai sebahagian kehidupan seharian bandar. Ketika ibu kota melangkah hampir sebagai Bandar Kreatif UNESCO, pesta ini turut menyampaikan hasratnya untuk memusatkan budaya dalam cara kota ini berkembang.
Kami amat berterima kasih kepada ramai rakan kerjasama dan kolaborator yang telah bersama-sama menjayakan usaha ini, membantu menghidupkan Pusat Bandar Kuala Lumpur sebagai sebuah daerah budaya yang dinamik untuk semua.
Kejayaan Festival KL tidak dinilai melalui skala atau sorakan. Kesinambungan dan perhubungan merupakan penanda aras sebenar. Kelak, pesta ini harus menjadi sebahagian daripada denyut nadi kota ini: sesuatu yang penduduknya kenal, nanti-nantikan serta memiliki rasa keberpunyaan sebagai sebuah pengalaman sivik bersama.
Dalam jangka panjang pula, pesta ini dapat menawarkan peluang yang tekal kepada pengiat seni tempatan untuk berkembang, bekerjasama dan meluaskan pengaruh, pada masa yang sama kekal memakai wajah kebudayaan Kuala Lumpur. Jika pesta ini dilihat sebagai suatu peluahan nilai, keterbukaan, pertukaran kreativiti dan budaya yang tulen—bukan semata acara kendiri—makan pesta ini akan menjadi sebahagian daripada identiti Kuala Lumpur.