In Conversation With
Festival Strategic Advisor: Joseph Mitchell
  • A Global Perspective
    Joseph Mitchell is a highly experienced festival director, with a 20-year career shaping major arts events across Australia, the Middle East and North America. Recently he was a senior adviser for programming in Riyadh, Saudi Arabia, as well as head of programming and events at Dubai Opera, where he played a key role in developing its international artistic profile.

    In 2022-2023, Mitchell served as executive director of the Abu Dhabi Music and Arts Foundation, overseeing the full delivery of Abu Dhabi Festival – the largest multi-arts festival in the Gulf region. From 2014 to 2020, he was artistic director of Adelaide Festival Centre’s OzAsia Festival, where audience numbers grew from 60,000 to more than 200,000 annually, establishing the festival as one of the world’s leading platforms for contemporary Asian arts.

    Mitchell has a longstanding connection to Malaysia, having presented a wide range of Malaysian artists to international audiences, including Siti Nurhaliza, Yee I-Lann, Five Arts Centre, Terry & The Cuz, Alena Murang and the Borak Art Series. His career also spans senior roles at Luminato Festival in Toronto and Brisbane Festival, alongside work as a theatre and opera director.

    In this Q&A, Mitchell reflects on festival-making, cultural exchange and what it takes to build meaningful, globally relevant arts platforms today.

    Having worked on festivals internationally, what stands out to you about Kuala Lumpur as a festival city – and what potential do you see here?

    Good festivals identify and celebrate what is unique about the city in which they exist. The potential for KL Festival will be the creative activation of the many components that make KL so unique such as downtown laneways, heritage buildings, modern architecture, art spaces, intimate performance venues, incredible gastronomy, an inherent multicultural identity and large open spaces such as Dataran Merdeka.

    What’s great about KL is how walkable downtown is, allowing for people to move between multiple venues and experiences daily which is a vital component to building a vibrant festival atmosphere.

    There’s always a tension between being internationally visible and deeply local. How can KL Festival achieve both without losing its sense of place?
    Great cities flourish through cultural exchange and KL Festival will enhance KL’s positioning as a truly global city. International artists are invited to perform, exhibit and showcase their skills, they meet new people, broaden their cultural knowledge by spending time in KL, and they inspire local artists and audiences.

    Meanwhile, local artists are provided a platform in their home city festival and then find their way abroad to other cities through invitations and cultural exchange, sharing their unique Malaysian artistic perspective to global audiences. This becomes a cycle of inbound and outbound exchange which deepens the cultural fabric of not only KL but many other cities that operate within a global creative economy. It is essential for KL to be part of this regional and global artistic dialogue, and festivals are a major anchor point that enable this exchange to take place.
    From your experience, what are the key ingredients that help a festival grow year after year?

    A few ingredients would include:

    1. Having a clear vision for what the festival is from the start so that growth is planned;
    2. Ensuring the festival is visible – such as utilising popular outdoor spaces and creating a fun and accessible experience for all.
    3. Developing a programme for audiences that is neither too obvious nor too alienating, but somewhere in between, so that it encourages audiences to have experiences that feel both familiar and new at the same time.
    4. And finally, always striving to evolve the artistic programme from year to year in a respectful and responsive way for the audiences.

    Spending time in Kuala Lumpur, what’s something about the city – its pace, people or everyday rituals – that stays with you?
    This may surprise many, but I love the walkability of downtown KL. The whole area is easily connected on foot via laneways and small streets. And when necessary the public transport is super easy and convenient.

    And while I am sure it is a common response, one can’t deny the general friendly nature of the people, the incredible food, and lastly, the wonderful fusion of heritage and tradition that sits alongside the modern transformation of KL into one of the great global cities of the 21st century.
  • Sudut Pandang Sejagat
    Joseph Mitchell ialah seorang pengarah festival mapan dan memiliki 20 tahun pengalaman dalam membentuk acara seni utama merentasi Australia, Timur Tengah dan Amerika Utara. Baru-baru ini, beliau berkhidmat sebagai penasihat kanan untuk pengaturcaraan di Riyadh, Arab Saudi, serta sebagai ketua pengaturcaraan dan acara di Dubai Opera yang melihat beliau memainkan peranan penting dalam membangunkan profil seni antarabangsa institusi tersebut.

    Sekitar tahun 2022-2023, Mitchell berkhidmat sebagai pengarah eksekutif untuk Abu Dhabi Music and Arts Foundation, memantau keseluruhan acara Abu Dhabi Festival—sebuah pesta pelbagai kesenian di rantau Negara Arab Teluk Parsi. Dari tahun 2014 sehingga 2020, beliau berkhidmat sebagai pengarah artistik untuk OzAsia Festival anjuran Adelaide Festival Centre, menyaksikan pertumbuhan seramai 60,000 bilangan peserta melonjak kepada 200,000 bilangan peserta secara tahunan, menjadikan pesta tersebut sebagai salah satu platform terkemuka dunia seni kontemporari Asia.

    Mitchell mempunyai hubungan rapat dengan dunia seni Malaysia. Beliau telah membawa ramai artis Malaysia ke persada dunia, termasuklah Siti Nurhaliza, Yee I-Lann, Five Arts Centre, Terry & The Cuz, Alena Murang dan siri The Borak Art. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai pegawai kanan di Luminato Festival, Toronto dan Brisbane Festival, selain bekerja sebagai pengarah opera dan teater.

    Dalam sesi soal jawab ini, Mitchell berkongsi pengalaman sekitar pembentukan dan pembangunan sebuah pesta, pertukaran budaya dan apakah yang diperlukan untuk membina sebuah platform seni berkaitan yang sejagat dan bermakna dewasa ini.

    Sebagai seorang yang berpengalaman dalam mengendalikan pesta antarabangsa, apakah yang menonjol tentang Kuala Lumpur sebagai bandar pesta—dan apakah potensi yang anda nampak?

    Pesta yang baik tahu dan meraikan apa yang untik tentang sesebuah bandar yang mereka diami. Potensi Festival KL ialah pengaktifan kreatif komponen yang menjadikan Kuala Lumpur unik seperti laluan pusat bandar, bangunan warisan, seni bina moden, ruang seni, tempat persembahan intim, tempat makan sedap, indentiti kepelbagaian budaya yang tulen dan ruang awam yang lapang seperti Dataran Merdeka.

    Apa yang mengagumkan tentang Kuala Lumpur ialah pusat bandarnya mesra pejalan kaki, membolehkan penduduknya bergerak dari suatu tempat ke suatu tempat yang lain—sesuatu perkara yang mustahak bagi membangunkan suasana meriah sebuah pesta.

    Lazimnya, sukar untuk mencapai pengiktirafan luar negara tetapi masih berjiwa tempatan. Bagaimana Festival KL mencapai kedua-duanya tanpa hilang halatuju?
    Bandar yang hebat berkembang melalui pertukaran budaya. Festival KL berhasrat untuk mengetengahkan kedudukan Kuala Lumpur sebagai bandar dunia dalam ertikata yang sebenar. Artis antarabangsa dijemput untuk melakukan persembahan, pameran dan menayangkan kemahiran mereka, melakukan rangkaian baharu, meluaskan pengetahuan budaya dengan meluangkan masa di Kuala Lumpur. Semua ini pada masa yang sama turut memberi inspirasi kepada penonton dan penggiat tempatan.

    Sementara itu, artis tempatan diberikan platform dalam festival di bandar asal mereka dan seterusnya berpeluang ke luar negara melalui jemputan dan pertukaran budaya, berkongsi perspektif seni Malaysia yang unik kepada penonton sejagat. Ini menjadi kitaran pertukaran masuk dan keluar memperdalamkan lagi jalinan budaya, bukan sahaja di Kuala Lumpur, tetapi juga di lain-lain bandar yang beroperasi dalam ekonomi kreatif dunia. Betapa pentingnya bagi Kuala Lumpur untuk menjadi sebahagian daripada dialog seni serantau dan sejagat. Pesta pula merupakan titik tumpuan utama yang membolehkan pertukaran ini berlaku.
    Berdasarkan pengalaman anda, apakah perkara asas yang membantu sebuah pesta berkembang saban tahun?

    Terdapat beberapa perkara penting seperti berikut:

    1. Mempunyai halatuju yang jelas dari mula supaya perkembangan pesta terancang.
    2. Memastikan pesta mendapat sorotan jelas seperti menggunakan ruang terbuka yang popular serta menawarkan pengalaman yang menyeronokkan untuk semua dapat diakses.
    3. Membangunkan program yang bersesuaian untuk semua lapisan penonton supaya pengalaman tersebut menggalakkan para penonton menikmati sesuatu yang baharu tetapi pada masa yang sama tidak terlalu asing.
    4. Akhir sekali, selalu cuba untuk kembangkan program artistik dari tahun ke tahun dengan cara yang peka penonton.

    Ketika anda meluangkan masa di Kuala Lumpur, apakah perkara paling dekat dengan anda—sama ada rentak, orang atau aktiviti hariannya?
    Mungkin ramai orang akan terkejut, tetapi saya sebenarnya suka bagaimana Pusat Bandar Kuala Lumpur begitu mesra pejalan kaki. Seluruh kawasan mempunyai laluan pejalan kaki dan lorong-lorong kecil. Malah, pengangkutan awamnya juga senang diguna dan mudah diakses.

    Dan walaupun ramai orang tahun, saya tidak boleh nafikan orang ramai di sini juga peramah, makanannya sedap-sedap belaka dan terdapat gabungan menarik antara warisan dan tradisi seiringan dengan transformasi moden di ibu kota. Hal ini menjadikan Kuala Lumpur salah satu bandar sejagat yang tersohor pada abad ke-21.
© Copyright 2024 Think City Sdn. Bhd. All Rights Reserved. Registration Number: 200901026839 (869941-P).
Ooops!
Generic Popup2