KL Festival spans theatre, dance and visual arts. What unifying artistic thread are you hoping audiences will feel across these different disciplines?
KL Festival is a platform to celebrate, spark discussion, and invite audiences to reimagine what art and culture mean for KL. This edition is mainly centred in downtown KL, so while it doesn’t extend to areas like Kampung Baru, Brickfields, or Chow Kit – neighbourhoods so synonymous with the city – it still aims to capture the spirit of KL in its diversity.
The festival brings together many art forms and highlights the richness embedded in our everyday lives. We have been particularly mindful of avoiding a sense of generic multiculturalism or events designed solely to be photo-friendly. The goal for this curated KL Festival is to engage people with art in meaningful ways – to spark imagination, inspire new ways of thinking, and encourage audiences to experience something fresh.
To achieve this, we’ve woven three artistic threads for different audiences, all under the festival’s theme of “Memory and Tomorrow.”
The first thread is aimed at the broader public – the rakyat. It asks: how can we present traditional cultural forms in ways in which everyone can participate? Fun is the key impulse here, and we hope this comes through in events like Jogeton, the Wayang Women performance, and other happenings at Dataran Merdeka.
The second thread is for art lovers, artists and the creative community. It offers a provocation: how do we speak about memories that shape us – social events (Lessons in Silence), history and myths (Fragments of Tuah), folklore (Origin of a Tale), and the history and memory embedded in our bodies (Pending, Chapter 2)? And what visions of tomorrow do these artists suggest through their work?
The final, broader, thread examines how a festival can be designed for a city, especially one that runs for a full month! This thread is aimed at other festival directors, town planners, visitors, and global audiences, asking: how does a festival evolve over four weeks, and how can it meaningfully integrate with the life of the city?
Artistically, we have set ambitious goals for ourselves; but we feel it is important to begin these threads. Perhaps the questions raised here – about memory, engagement and imagining tomorrow – can continue as the “Tomorrow” for the next KL Festival, once KL Festival 2026 has become the “Memory.”
As the Artistic Director, I feel I am the new and unexpected voice! This is my first festival, even though as a member of Five Arts Centre, I have programmed many events for our space in GMBB. I’ve also had the opportunity to tour especially with performance maker-researcher-curator Mark Teh’s work, to festivals around the region and internationally. In this “circuit” I have met many interesting artists whose work would certainly resonate with local audiences.
As for showcasing new voices, it’s always been part of Five Arts’ impulse, and thus ingrained in me as well, to encourage new artists, and the next generation of artists. The collective believes in encouraging new perspectives and ideas. It’s nice to let new voices surprise us!
The combination of these two factors – knowing touring international artists and also wanting to encourage new voices – has allowed me to focus on whether the artist’s work speaks to the theme and the artistic objectives of the festival.
Festival KL merangkumi pelbagai bidang seni seperti teater, tarian dan seni visual. Apakah jalinan artistik yang anda harap para penonton dapat menikmati dalam semua disiplin berikut?
Festival KL ialah sebuah platform yang meraikan ibu kota, membuka wacana dan menjemput para penonton untuk membayangkan semula apakah makna seni dan budaya bagi Kuala Lumpur. Edisi kali ini lebih tertumpu di Pusat Bandar Kuala Lumpur. Walaupun tidak meliputi kawasan seperti Kampung Baru, Brickfields atau Chow Kit—kejiranan yang sinonim dengan wajah ibu kota—pesta ini tetap ingin menonjolkan semangat Kuala Lumpur dalam kepelbagaiannya.
Pesta ini akan menyatukan pelbagai bidang seni dan mengetengahkan kekayaan yang sedia ada dalam kehidupan harian kita. Kami mengambil cakna untuk tidak membawa tema kepelbagaian budaya yang generik atau acara yang semata mesra-visual. Tujuan utama kurasi Festival KL kali ini ialah untuk melibatkan orang ramai dengan seni melalui cara yang bermakna. Kami ingin mencetuskan imaginasi, mengilhamkan cara pemikiran baharu dan menggalakkan para penonton untuk menikmati sesuatu yang segar.
Untuk mencapai perkara tersebut, kami telah menjalinkan tiga jalur seni untuk pelbagai penonton berbeza—semua di bawah satu tema yang sama iaitu “Ingatan dan Masa Depan” (“Memory and Tomorrow”).
Jalur pertama ialah untuk meliputi penonton yang lebih luas: rakyat jelata. Bagaimanakah untuk kami mempersembahkan bentuk kebudayaan tradisional dengan cara yang semua orang boleh terlibat? “Seronok” ialah kata kunci utama. Maka, kami berharap dengan acara seperti Jogeton, persembahan Wayang Women dan lain-lain acara berlangsung di Dataran Merdeka dapat berjaya menjawab persoalan ini.
Jalur seterusnya ialah untuk pencinta seni: para artis dan komuniti kreatif. Bagaimanakah untuk kita bercakap tentang ingatan (memory)— adakah melalui acara sosial (Lessons in Silence), sejarah dan dongeng (Fragments of Tuah), cerita rakyat (Origin of a Tale), atau menelusuri susur galur nenek moyang (Pending, Chapter 2, Lambak Tidur)? Seterusnya, bagaimanakah pula bayangan masa depan (tomorrow) yang ditonjolkan oleh para artis dalam karya mereka?
Jalur terakhir pula merangkumi aspek yang paling luas: penelitian reka bentuk pesta selama sebulan untuk pembangunan sebuah bandar. Bagaimanakah pengarah festival lain, perancang bandar, pelawat dan penonton sejagat melihat sebuah pesta berkembang sepanjang empat minggu dan berintegrasi secara bermakna dalam sebuah kota.
Secara artistik, matlamat kami sudah ada. Namun, kami percaya lebih penting untuk kami mulakan dengan jalur-jalur di atas. Barangkali persoalan lanjut—tentang ingatan, penglibatan dan bayangan masa depan—dapat diteruskan sebagai “Masa Depan” untuk Festival KL seterusnya sejurus sahaja Festival KL 2026 menjadi “Ingatan.”
Sebagai Pengarah Artistik, saya anggap diri saya salah seorang daripada suara baharu! Ini pesta pertama yang saya kendalikan walaupun saya salah seorang anggota Five Arts Centre. Sebelum ini, saya pernah mengatur pelbagai acara di Bangunan GMBB. Saya juga berpeluang untuk menjelajah bersama, khususnya bersama karya pembikin persembahan dan penyelidik–kurator Mark Teh, ke pelbagai festival di rantau ini, serta di peringkat antarabangsa. Dalam “litar” ini, saya telah bertemu ramai artis menarik yang karyanya pasti akan disambut baik oleh penonton tempatan.
Soal suara baharu pula, di Five Arts Centre kami sentiasa memberi ruang dan peluang kepada mereka. Hal ini sudah menjadi darah daging saya: memberi sokongan dan galakkan kepada artis muda dan generasi seterusnya. Kolektif kami percayakan betapa pentingnya untuk memupuk pandangan dan idea baharu. Suara mereka seringkali mengejutkan kita!
Gabungan dua faktor ini—memberi ruang untuk artis antarabangsa yang sedang menjelajah dan memberi peluang kepada suara baharu—telah membenarkan saya untuk memberikan tumpuan kepada hasil karya artis yang senada dengan tema dan halatuju pesta tahun ini.