• Looking Ahead to KL Festival 2027

    WHAT could Kuala Lumpur look, feel and sound like when the city comes alive for a month of creativity, culture and community?

    That was the question at the heart of a community meetup held last Friday at Wisma Maran, as the KL Festival organising team began conversations with artists, creatives, businesses and community groups about the festival’s third edition, which will take place from May 6-30, 2027.

    Close to 200 interested parties came together for the morning session, bringing questions, ideas and enthusiasm about how they could contribute to the festival and the continued activation of Downtown KL. Among the familiar faces were actors, dancers, singers, activists, musicians, writers and community leaders, all keen to discover more and find ways to be involved.


    Photos: Ann Marie Chandy

    For the organising team, these conversations are an important first step in shaping a festival that reflects the city itself – its people, places, stories and possibilities.

    “KL Festival is a visual manifestation of what KL, or what cities, can be,” said Think City’s Senior Director Izan Satrina Mohd Sallehuddin (pic below), describing a festival that goes beyond individual events.

    “It actually involves the communities, stakeholders, the buildings, the public spaces, how we can reclaim the area and also illustrate and celebrate what the cities can be,” she said.

    The festival, organised by Think City and Kuala Lumpur City Hall (DBKL), supported by the Ministry of Finance and Federal Territories Department (Prime Minister’s Department), is also part of a longer-term vision for Kuala Lumpur. Guided by the Kuala Lumpur Creative and Cultural District Strategic Master Plan and a KL Festival 2026–2030 roadmap, the festival aims to grow from edition to edition while supporting KL’s status as a UNESCO Creative City of Design, the city’s broader regeneration agenda and the aspirations of Warisan KL.


    Rediscovering Downtown KL

    For Joan Tan, Think City’s Head of Creative Economy, the festival is rooted in encouraging people to rediscover, revisit and explore the many offerings of Downtown KL.

    “It is also definitely part of a broader city activation and rejuvenation strategy, as well as supporting the activation as part of Warisan KL, the national heritage and culture-based urban rejuvenation initiative that strives to revitalise the soul of Kuala Lumpur,” she said.

    At its heart, the festival is a platform for participation – bringing together creative practitioners, artists, businesses, venues, communities and audiences. Local businesses can open their doors to collaborations, while artists and creatives can use the city as a space to present new ideas.

    “It’s definitely a playground for people to present new ideas,” Tan said.

    The second edition, held in May earlier this year, showed just how much can happen when the city becomes a stage. For a month, Downtown KL came alive in unexpected ways – with dancing spilling into the streets, an unprecedented crowd gathering at Dataran Merdeka to watch wayang kulit, and Chinese opera unfolding in the rain.


    Walking tours drew curious audiences keen to discover stories hidden in familiar streets, while performances, workshops, exhibitions and other activities gave people new reasons to explore the city.

    More than 75 partners came on board, opening their spaces, hosting activities and workshops, and contributing both financial and non-financial support. More than 34,000 people visited the KL Festival website during May, exploring the programme and discovering what was happening across Downtown KL.
    Many shows sold out, while audiences moved between venues and activities, revealing an appetite for experiences that connect people with the city’s heritage, untold stories and communities.

    Looking ahead, accessibility will remain important, with free activities complemented by ticketed events that help support participating creatives. The team is also exploring how to create a more holistic visitor journey while expanding the range of experiences to include food, literature and design.

    A city of stories

    For newly appointed 2027 Executive Producer Terry Conrad (pic below), of local arts company with an international profile TerryandTheCuz, the festival is ultimately about the stories that exist all around us.

    “KL is a city that is in transition,” he said. “When you walk around, you see generations of people who have been here for many, many years, and you see new generations coming in.”


    He shared that this transition is visible across Downtown KL – in the juxtaposition of restored heritage buildings and new skyscrapers, long-established restaurants and new businesses, familiar streets and emerging creative spaces.

    “We are building bridges between a past and present, between old stories and new,” Terry said.
    The idea has become a guiding thought for the 2027 edition: Bridges of Belonging – a vision of KL as shared ground for those who work in the city, families who visit at weekends, traders and businesses, long-time residents and newcomers.

    “KL doesn’t belong to any one person,” Terry said. “By building these bridges, we are all taking a piece of KL, saying that we all belong. This is a KL for all of us.”

    That sense of belonging is closely tied to the city’s history. Kuala Lumpur has always been shaped by different communities making their lives here, contributing to its growth and creating the layers of culture that continue to define it today.

    “There’s a story for every road. There’s a story on every corner, and no two stories are alike,” Terry said. “These are the stories we’re trying to get out – the stories that bring us together.”



    Building the festival together

    The community meetup was an invitation to do exactly that.

    The organising team believes that every artist, business, community group, venue, creative, resident and partner has a part to play in shaping KL Festival 2027 – and that the festival can provide a platform for those stories to be shared.

    The work is now gathering pace. The organising team is meeting weekly to build the partnerships, programme and structures behind next year’s festival, while more community conversations and engagement sessions are planned in the coming weeks.

    As these discussions continue, the invitation remains open: bring an idea, a story, a space, a performance, a workshop, a business, a community – or simply a curiosity about what Downtown KL could become.
    Because the next chapter of KL Festival belongs to everyone who makes this city their own.



  • Menjelang KL Festival 2027

    BAGAIMANAKAH suasana di Kuala Lumpur — wajahnya, suaranya, dirinya — tatkala kota raya ini dihidupkan dengan aturcara kreatif, kebudayaan dan komuniti sebulan lamanya?

    Persoalan inilah intipati pertemuan yang berlangsung pada Jumaat lalu di Wisma Maran ketika pasukan penganjur KL Festival membuka bicara bersama seniman, golongan kreatif, perniagaan dan kumpulan komuniti mengenai edisi ketiga pesta ini yang bakal diadakan bermula 6 - 30 Mei 2027.

    Hampir 200 buah kumpulan terlibat dalam sesi pertemuan tersebut dan pelbagai persoalan, idea dan galakan dilontarkan sekitar perbincangan apakah sumbangan yang mereka dapat berikan, serta melanjutkan pengaktifan di Pusat Bandar KL. Ramai kenalan lama dalam kalangan pelakon, penari, penyanyi, aktivis, pemuzik, penulis dan pemimpin komuniti hadir dengan iltizam untuk lebih turut serta.


    Foto: Ann Marie Chandy

    Bagi pihak penganjur, pertembungan sebegini penting sebagai langkah pertama membentuk sebuah pesta mencerminkan bandarnya yang merangkumi penduduk, tempat, cerita dan kemungkinannya.

    “KL Festival ialah penjelmaan nyata tentang apa yang mampu Kuala Lumpur atau mana-mana bandar lain mampu capai,” jelas Pengarah Kanan Think City, Izan Satrina Mohd Sallehudin, menerangkan sebuah pesta yang melangkaui acara-acara tunggal.

    Jelas beliau lagi: “Sebenarnya hal ini melibatkan pelbagai komuniti, pemegang taruh, bangunan, ruangan awam, dan bagaimana kita boleh menggunakan kawasan tersebut semula, serta mempamerkan dan meraikan kemampuan sebuah bandar.”

    Pesta ini dianjurkan oleh Think City dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), serta disokong oleh Kementerian Kewangan dan Jabatan Wilayah Persekutuan (Jabatan Perdana Menteri). 
    KL Festival juga merupakan sebahagian daripada wawasan jangka masa panjang Kuala Lumpur.

    Berpandukan Pelan Induk Strategik Daerah Kreatif dan Kebudayaan Kuala Lumpur, dan peta hala tuju KL Festival 2026–2030, pesta ini berhasrat untuk terus berkembang dari satu edisi ke edisi seterusnya, seiring dengan usaha memperkukuh kedudukan Kuala Lumpur sebagai Bandar Kreatif Reka Bentuk UNESCO, melaksanakan agenda pemulihan dan pembangunan semula bandar secara menyeluruh, serta mencapai aspirasi Warisan KL.

    Menghidupkan Kembali Pusat Bandar KL

    Bagi Joan Tan, Ketua Ekonomi Kreatif Think City, teras utama pesta ini ialah menggalakkan orang ramai untuk meneroka, menelusuri dan menemui semula kepelbagaian Pusat Bandar KL tawarkan.

    “Semestinya pesta ini merupakan sebahagian besar daripada strategi pengaktifan dan peremajaan semula bandar ini, serta menyokong pengaktifannya sebagai penglibatan Warisan KL yakni inisiatif kebangsaan dan berteraskan kebudayaan peremajaan bandar yang menyasarkan penghidupan semula semangat ibu kota Kuala Lumpur,” jelas beliau.

    Pokoknya, pesta ini merupakan landasan bagi penglibatan. KL Festival menghimpun pelbagai pengiat kreatif, seniman, perniagaan, tempat acara, komuniti dan penonton. Perniagaan tempatan dijemput untuk bekerjasama, sementara warga seni kreatif mampu menggunakan bandar ini sebagai ruang bagi mereka mengemukakan idea segar.

    “Inilah taman permainan bagi mereka yang ingin bentangkan buah fikiran baharu,” jelas beliau lanjut.
    KL Festival lalu pada bulan Mei telah membuktikan bahawa pelbagai kemungkinan mampu berlaku apabila sebuah bandar menjadi pentas utama. Selama sebulan, Pusat Bandar KL dihidupkan dengan aneka tarian jalanan, limpahan penonton di Dataran Merdeka menyaksikan persembahan wayang kulit dan opera cina tatkala hujan membadai.


    Selain itu, atur cara seperti lawatan berjalan kaki menarik minat pengunjung yang ingin menyelami kisah tersembunyi jalanan yang sebati dengan kehidupan penduduk setempat. Sementara itu, persembahan, bengkel, pameran dan pelbagai aktiviti lain menawarkan pengalaman baharu yang mengundang orang ramai untuk mengenali kota ini dengan lebih dekat.

    Lebih daripada 75 rakan kongsi turut terlibat dengan membuka ruangan mereka, menganjurkan aktiviti dan bengkel, serta memberi sokongan dari segi sumbangan kewangan dan bukan kewangan. Lebih daripada 34 ribu pengunjung telah melayari laman sesawang KL Festival pada bulan Mei lalu dengan mengenali atur cara dan menelusuri acara yang berlangsung di Pusat Bandar KL.

    Banyak persembahan mendapat sambutan hangat sehingga tiket habis terjual. Pengunjung turut memenuhi pelbagai lokasi acara, membuktikan minat mereka terhadap pengalaman yang menghubungkan masyarakat dengan warisan, kisah tersembunyi dan komuniti Kuala Lumpur.

    Menjelang KL Festival tahun depan, kemudahan akses akan terus diberikan keutamaan melalui gabungan aktiviti percuma dan acara berbayar yang turut menyokong penggiat seni. Penganjur juga sedang merancang pengalaman kunjungan yang lebih tuntas, merangkumi pelbagai bidang seperti makanan, sastera dan reka bentuk.

    Cerita-cerita Kota

    Bagi Penerbit Eksekutif KL Festival 2027 yang baharu dilantik, Terry Conrad (dari syarikat seni tempatan bertaraf antarabangsa TerryandTheCuz), pesta ini pada asasnya meraikan cerita yang hidup di sekeliling kita.
     
    “Kuala Lumpur merupakan sebuah bandar dalam peralihan,” jelas beliau. “Jika anda perhatikan, pelbagai genarasi penduduknya telah hadir bertahun-tahun lamanya, dan anda kini menyaksikan generasi baharu yang tiba.”


    Peralihan ini, menurut Terry, jelas kelihatan meliputi seluruh kawasan Pusat Bandar KL. Hal ini disaksikan pada iringan bangunan warisan yang dipulihara dan pencakar langit moden, restoran lama dan perniagaan baharu, serta jalan bersejarah dan ruangan kreatif yang semakin tumbuh.

    “Kita sedang menjambatani masa lalu dan masa kini. Kita sedang meniti kisah lama dengan cerita baharu,” jelas beliau.

    Idea ini telah menjadi penyuluh jalan bagi KL Festival 2027: Titian Sejiwa — sebuah wawasan bahawa Kuala Lumpur menjadi medan kebersamaan bagi mereka yang mencari rezeki di ibu kota; bagi keluarga yang bersiar-siar pada hujung minggu; bagi peniaga dan perniagaan masing-masing; bagi penduduk asal mahupun orang baharu.

    “Kuala Lumpur bukan milik seorang sahaja,” kata Terry. “Apabila kita menjambatani titian ini, kita sedang merangkumi keseluruhan kota ini. Kita menyatakan, semua ini milik kita semua. Kuala Lumpur milik kita semua.”

    Semangat kekitaan inilah yang mengikatkan kita dengan sejarah kota ini. Tatkala mula lagi Kuala Lumpur telah dibentuk oleh pelbagai lapisan masyarakat yang mencari rezeki di bandar, menyumbangkan perkembangannya dan menganyam aneka kebudayaan yang terus kekal sehingga ke hari ini.

    “Setiap jalan ada kisahnya. Setiap kisah ada likunya. Tiada kisah yang serupa,” Terry percaya. “Kisah-kisah inilah yang kami cuba pamerkan, iaitu kisah tentang bagaimana kita boleh bersama.”



    Berganding Bahu Membangunkan Pesta

    Pertemuan komuniti ini merupakan jemputan jelas.

    Pihak penganjur yakin bahawa setiap seniman, perniagaan, kumpulan komuniti, ruang acara, warga kreatif, penduduk dan rakan kongsi mempunyai peranan dalam membentuk KL Festival 2027. Pihak penganjur turut percaya bahawa pesta ini mampu menjadi landasan bagi kisah-kisah sebegini untuk dikongsikan.

    Gerak kerja sudah pun bermula. Pihak penganjur kini sedang bermesyuarat setiap minggu bagi merangka, mengaturcara dan menjalin perhubungan bagi KL Festival 2027. Sementara itu, perbincangan dalam kalangan komuniti dan sesi penglibatan sedang dirancangkan pada minggu-minggu terdekat.

    Tatkala perbincangan sedang berlangsung, jemputan ini masih terbuka: anda dijemput untuk melontarkan gagasan, sampaikan cerita, buka ruang, tunjukkan persembahan, jalankan bengkel, uruskan perniagaan, bina komuniti — atau sekadar hadir dengan sikap ingin tahu apakah yang bakal berlaku di Pusat Bandar KL kelak.
    Sudah pasti, menjelang Festival KL akan datang, pesta dan kota ini milik kita semua yang sudi menjadikan bandar ini tempat yang meraikan kekitaan.



© Copyright 2024 Think City Sdn. Bhd. All Rights Reserved. Registration Number: 200901026839 (869941-P).
Ooops!
Generic Popup2