Fiza Zin dan Karimah Koh, wanita hebat di sebalik MoSAIC, ketika pelancaran KL Festival awal tahun ini. Dengan pengalaman bekerja bersama kanak-kanak sejak beberapa tahun lalu, mereka bersama team MoSAIC akan membawa pengetahuan dan kepakaran mereka dalam merancang aktiviti yang menyeronokkan dan berunsur pendidikan untuk kanak-kanak sempena festival tahun ini.
Terdapat pelbagai aktiviti menarik di MoSAIC, termasuk (seperti di bawah) sebuah instalasi memerang yang menyeronokkan untuk kanak-kanak bermain dan berinteraksi.
Ninot Aziz dan Rudy Daud, yang dikenali menerusi Hikayat Fandom, akan mengendalikan pameran mini Balai Gema Hikayat serta Hikayat Storytelling Fest — kedua-duanya pasti menarik minat kanak-kanak dan golongan belia!
Sesi penceritaan oleh Samsul Khamariah Hamzah semasa Kota Baca baru-baru ini. Anda juga boleh menyaksikan pencerita handal beraksi di KL Festival! Jangan lepaskan peluang ini.