Di luar bidang teater, karya visual Agnes telah dipamerkan di ArtJog, Jogja Biennale dan Singapore Art Week, seringkali menjalinkan naratif tulisannya ke dalam bentuk yang bersifat sentuhan. Projek jangka panjangnya, Reading Centhini, sebuah karya yang diilhamkan daripada epik Jawa abad ke-19, Serat Centhini, terus berkembang sebagai penyelidikan serta persembahannya yang meneroka persilangan antara budaya dan kerohanian.
Karyanya juga terdapat dalam bentuk bahan. Melalui label fesyen beliau, @leafthief.id, Agnes menghasilkan busana menggunakan motif daun yang dicetak tangan, selain karya sulaman yang dihasilkan di bawah jenamanya sendiri. Bagi Agnes, pelbagai bentuk kesenian ini bukan semata sebuah cerita. Setiap karya seninya itu dihasilkan untuk diperagakan.
Di KL Festival 2026, Agnes turut akan mengendalikan sebuah bengkel berjudul
Can We Approve This Script? yang menjemput peserta untuk merenung persoalan tentang kepengarangan dan penapisan kendiri. Hal berikut menarik minat beliau tentang dialog yang tidak semestinya dituturkan, tetapi sentiasa hadir.
Tatkala karyanya merentasi pelbagai ruang, Agnes bersifat terbuka menerima pandangan orang ramai.
“Sejujurnya, saya tidak pasti bagaimanakah respons orang ramai,” jelas beliau tentang cara beliau gambarkan Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun, beliau yakin pada suatu perkara: “Tidak kira kisah anda dari zaman bila atau tempat mana — kegembiraan tetap kegembiraan; kesedihan tetap kesedihan.”
Dalam
The Lessons of Silence, setiap emosi tersebut timbul bukan melalui isyarat yang besar, sebaliknya melalui pergerakan paling kecil — kerdipan mata, tubuh yang kaku, beban apa yang tidak diungkapkan. Di pentas ini, dalam kebungkaman ini, Agnes menjemput kita untuk mendengar lebih teliti.
The Lessons of Silence (Bahasa Indonesia dengan sari kata pentas Bahasa Inggeris) akan berpanggung di The Godown Art Centre, Lorong Ampang 7, off Jalan Bukit Nanas, Kuala Lumpur pada 22-23 Mei 2026, 8.30pm. Dapatkan tiket anda hari ini.
Untuk menyertai bengkel Agnes Christina, Can We Approve This Script?, di Five Arts Centre, GMBB, Kuala Lumpur pada 25 Mei 2026, anda boleh mendaftar di sini.