• Shaping Stories from Clay

    AT a time when much of life unfolds through screens and speed, Collectif Kahraba offers something slower, more tactile – and quietly transformative. This May, the Lebanon-based collective arrives at KL Festival 2026 with Origin of A Tale, a performance that returns audiences to something elemental: the act of shaping, listening and imagining.

    Led by artist-performers Eric Deniaud and Aurelien Zouki, the work sits at the intersection of movement, sculpture, sound and storytelling. Deniaud, a puppeteer, and Zouki, an actor and dancer, draw from distinct practices, but their collaboration is grounded in a shared belief.   

    “When we try to go back to a possible source of our expressions, we find that movement is at the core,” Deniaud says.
     
    A line drawn across paper, a gesture across space – even the shaping of clay – becomes, in their hands, a trace of the body in motion, what he describes as “a choreographic trace”.


    Eric Deniaud, a multi-disciplinary French artist and co-founder of Collectif Kahraba, has been shaping performances since 2002 as an actor, director and set designer – and even brings music into the mix as a flautist. Alongside him, co-artistic director Aurelien Zouki, who draws on a deep interest in body language and dance to create expressive, movement-led works.

    This philosophy finds its fullest expression in Origin of A Tale, which the duo describe as a “visual poem”.
    On stage, clay becomes both material and metaphor. As it is kneaded, moulded and reshaped, figures begin to emerge – a donkey, a turtle, a tree “that thought it was stronger than all”, a frog, an elephant, a man in a canoe. These forms are fleeting, constantly shifting, echoing the fluidity of the stories being told.

    The performance unfolds somewhere between dance and fable. Without relying on a fixed narrative, it invites audiences to travel across time and space – back, perhaps, to a moment before language fully formed, when stories were shaped as much by touch and gesture as by words.    

    It is, Deniaud notes, “a playful invitation to meditate on our place in a cycle of life, destruction and creation”, and a reminder of “the importance of keeping on telling each other stories”.   

    For Deniaud and Zouki, this openness is deliberate. Rather than prescribing meaning, their work creates space – for reflection, for intuition, for personal interpretation.


    “In a poetic performance, you allow people to feel and think by themselves,” Deniaud explains. “They are invited to navigate between images, movements and sounds, and build their own interpretations.”
    In a world increasingly shaped by simplification and binary thinking, he adds, the challenge is to “reappropriate our own intuition – our own ability to feel”.

    And yet, despite its contemplative nature, Origin of A Tale is far from austere. After more than a decade of touring the piece internationally, the artists have come to recognise one of its most enduring qualities: joy.
    “Joy is the gateway to open our imagination to all possible futures,” Deniaud reflects – a quality he sees as increasingly necessary in uncertain times.      

    That perspective is deeply shaped by their context. Collectif Kahraba was founded in 2006, in the aftermath of conflict in Lebanon, and has remained committed to bringing art and performance into communities across the country.     

    Their practice is rooted in a simple but urgent belief – that art is essential. “We believe that art is needed as much as food,” Deniaud says. “People need to gather, to feel together, to laugh together, to think together, to cry together, to dream together.”

    Deniaud, who emailed his replies for this interview during airstrikes in Lebanon, believes theatre brings people together. “While war brings separation and isolation, we believe and experience that poetry, theatre and performance bring joy and hope – a small sign that our humanity is not dead. War is once again part of our daily life, but poetry remains a window to breathe.”


    This ethos extends beyond their home base. Having toured widely, the collective places great value on encounters with different audiences and cultures. These exchanges, Deniaud notes, are vital to keeping their practice alive – allowing them to remain open, responsive and connected.
     
    “These encounters are essential to us,” Deniaud says, “to keep the craftmanship of our artistic process alive. We receive a lot from people who have references other than us, other cultural habits, other ways to perceive the world and reflect on it. We aim to always have this permeability to keep working on a demanding artistic approach that could move any kind of audience.”

    Their KL festival appearance and performance will mark the collective’s Asian premiere. Across contexts, from remote villages to cities like Kuala Lumpur, Deniaud notes that one constant endures: “We all have the same ability to be amazed by beauty.”

    Alongside the performances, Deniaud and Zouki will also lead a two-day clay modelling workshop on May 30 and 31. Though fully booked, it reflects another key dimension of their practice – the importance of working with the hands. Through touch, pressure and movement, participants explore how forms emerge, evolve and reappear, strengthening focus, coordination and sensory awareness.

    Ultimately, whether in the workshop or on stage, the invitation is the same: to return to the body, to the senses and to the simple act of making.

    In a festival defined by movement across the city, Collectif Kahraba’s offering feels like a pause – a moment to gather, to watch and perhaps to remember that before stories were told, they were shaped.

    Origin of A Tale will be performed on May 30 and 31 at 11am and 8.30pm at Rumah Tangsi. Tickets are priced at RM70, with concessions available for students, seniors and children.

  • Tercipta Cerita Dari Tanah

    TATKALA dunia bergerak laju pada skrin digital, Collectif Kahraba menawarkan sesuatu yang lebih tenang, lebih membumi — dan senyap-senyap bersifat transformatif. Pada bulan Mei ini, kolektif daripada Lubnan ini akan hadir di KL Festival 2026 dengan membawakan persembahan mereka, Origin of A Tale, yang membawa penonton kembali ke dunia alamiah. Penonton akan menyelami semula perbuatan membentuk, mendengar dan merenung.

    Diterajui oleh artis-persembahan Éric Deniaud dan Aurélien Zouki, karya ini merupakan persilangan di antara seni pergerakan, ukiran, bunyi dan penceritaan. Di suatu sudut, Deniaud sebagai dalang, manakala Zouki sebagai seorang pelakon dan penari, bertemu di satu pentas yang sama walaupun daripada dua dunia yang berbeza. Apa yang menyatukan mereka ialah gagasan yang dikongsi bersama.   

    “Apabila kami cuba kembali ke sumber peluahan kami, apa yang kami temui ialah pergerakan merupakan teras utama,” kata Deniaud.   

    Suatu garis dilukis merentasi kertas. Sebuah isyarat dilakukan merentasi ruang. Bahkan, pembentukan tanah liat — ketika berada di tangan mereka — menjadi surihan tubuh dalam pergerakan. Deniaud menjelaskan perkara ini sebagai “sebuah surihan koreografi.”


    Éric Deniaud merupakan seorang artis Perancis pelbagai disiplin dan pengasas bersama Collectif Kahraba. Beliau menceburi bidang seni persembahan sejak tahun 2002 sebagai seorang pelakon, pengarah dan pereka pentas — malah, beliau turut memasukkan muzik ke dalam persembahan beliau sebagai seorang pemain flut. Bersama Deniaud ialah Aurélien Zaouki merangkap pengarah artistik bersama yang mempunyai minat mendalam tentang bahasa tubuh dan tarian untuk mencipta karya yang ekspresif serta berpandukan pergerakan.

    Gagasan ini diluahkan sepenuhnya dalam Origin of A Tale yang menyaksikan gandingan kedua-dua artis ini menjelaskan karya mereka sebagai sebuah “puisi visual.”

    Di atas pentas, tanah liat menjadi kedua-dua kiasan dan bahan. Tatkala tanah liat diuli, dibentuk dan dicipta semula, timbul susuk-susuk tertentu — seekor keldai, seekor penyu, sebatang pokok “yang percaya dirinya lebih kuat daripada semua,” seekor katak, seekor gajah dan seorang manusia yang berada di dalam sebuah sampan. Segala bentuk-bentuk ini tidak kekal. Seringkali berubah-ubah. Hal ini mencerminkan bagaimana kisah-kisah yang disampaikan ini bukan kaku.     

    Persembahan ini berlaku di antara tarian dan penceritaan dongeng. Tanpa adanya sebuah naratif tetap, karya ini menjemput penonton untuk merentas ruang dan waktu — barangkali untuk kembali ke detik sebelum bahasa terbentuk, ketika cerita dicipta melalui sentuhan dan isyarat sebagai kata-kata yang tiada.   

    Bagi Deniaud, karya ini ialah “suatu taakulan sederhana tentang keberadaan kita dalam kitaran kehidupan—di antara kebinasaan dan kejadian,” serta sebagai peringatan tentang “kepentingan untuk terus berkongsi cerita antara satu sama lain.”    

    Keterbukaan ini untuk Deniaud dan Zouki dilakukan secara sengaja. Kedua-dua artis ini tidak menekankan kepada makna, sebaliknya membenarkan karya mereka mencipta ruang untuk perenungan, gerak hati dan interpretasi peribadi.


    “Dalam sebuah persembahan puitis, orang ramai dibenarkan untuk berfikir dan merasa apa yang perlu mereka fikir dan rasa,” jelas Deniaud. “Mereka dijemput untuk menelusuri gambaran, pergerakan dan bunyi-bunyian, serta membina interpretasi mereka tersendiri.”

    Dalam dunia yang kian jumud dan sempit, semakin mencabar untuk kita “menuntut kembali gerak hati kita, kemampuan untuk kita merasa,” tambah beliau.       

    Walau bagaimanapun, Origin of A Tale bukanlah karya yang suram. Setelah lebih dari sedekad menjelajah ke serata dunia, kedua-dua artis mendapati karya mereka ini merupakan karya yang meraikan kegembiraan.
    “Kegembiraan ialah jambatan untuk seluruh kemungkinan yang dapat kita bayangkan,” renung Deniaud. Ciri-ciri inilah yang beliau yakin amat diperlukan tatkala kemelut zaman semakin meruncing.     

    Sudut padangan itulah juga yang membentuk ruang pengaruh karya mereka. Collectif Kahraba ditubuhkan pada tahun 2006 ketika konflik di Lubnan mencapai kemuncak. Sejak itu, mereka beriltizam untuk membawa seni dan persembahan ke dalam setiap komuniti di seluruh negara.     

    Karya mereka mempunyai gagasan mudah, pada masa yang sama tegas: seni itu penting. “Kami mempercayai bahawa seni sama penting seperti makanan,” jelas Deniaud. “Orang ramai perlu bersama, perlu rasa dipunyai bersama, perlu gelak-ketawa bersama, perlu berfikir bersama, perlu berkabung bersama, perlu bercita-cita bersama.”
     
    Jawapan temubual Deniaud ini semua dihantar melalui e-mel ketika serangan udara melanda Lubnan. Beliau yakin bahawa teater mampu menyatukan manusia. “Ketika peperangan memisahkan dan meminggirkan, kami yakin dan mengalaminya sendiri bahawa puisi dan persembahan membawa kegembiraan dan harapan—menandakan kemanusian masih hidup. Perang sudah sebati dalam kehidupan kami, namun puisi kekal menjadi jendela untuk kami bernyawa.”


    Pandangan dunia ini melangkaui kampung halaman mereka. Setelah menjelajah ke serata tempat, kolektif ini sangat-sangat meraikan petemuan dengan kepelbagaian audiens dan budaya. Bagi Deniaud, pertukaran ini penting untuk karya mereka terus malar segar dan membenarkan karya mereka terus bersifat terbuka, responsif dan terjalin dengan semua pihak.
     
    “Pertemuan ini penting bagi kami,” kata Deniaud, “agar seni karya dan proses artistik kami kekal bernyawa. Kami menerima pelbagai maklum balas daripada orang ramai yang mempunyai sumber rujukan yang lain, tabiat budaya yang lain, cara lain menyaksi dan merenung dunia ini. Kami sentiasa berusaha mengekalkan keterbukaan ini agar dapat terus mengembangkan pendekatan artistik yang mencabar dan mampu menyentuh pelbagai jenis khalayak.”    

    Kemunculan mereka sempena KL Festival 2026 dan persembahan tersebut merupakan kehadiran perdana kolektif itu di rantau Asia. Merentasi ruang pengaruh yang bergerak dari desa terpencil ke kota raya seperti Kuala Lumpur, Deniaud menyimpulkan suatu kebenaran sejagat: “Kita semua mampu berasa takjub dengan keindahan.”     

    Selain persembahan, Deniaud dan Zouki turut akan memimpun bengkel model tanah liat yang berlangsung selama dua hari pada 30 dan 31 Mei. Walaupun penyertaannya sudah penuh, aturcara ini mencerminkan satu lagi dimensi penting dalam pengkaryaan mereka iaitu kepentingan bekerja dengan tangan. Melalui sentuhan, tekanan dan pergerakan, para peserta meneroka bagaimana bentuk muncul, berkembang dan muncul kembali, sambil menguatkan tumpuan, koordinasi dan kepekaan deria.    

    Akhirnya, sama ada dalam bengkel atau di atas pentas, jemputan kolektif ini masih sama: untuk kembali menekuni jasmani, untuk kembali menekuni pancaindera dan untuk kembali menghasilkan sesuatu.

    Dalam kemeriahan sebuah pesta yang meraikan pergerakan kota, Collectif Kahraba menawarkan jeda yang damai — detik untuk kita berkumpul, menonton dan mungkin mengingati suatu waktu dahulu bahawa cerita-cerita dibentuk sebelum disampaikan.    

    Origin of A Tale akan berpanggung pada 30 dan 31 Mei pada 11am dan 8.30pm di Rumah Tangsi. Tiket berharga RM70, dengan harga konsesi untuk pelajar, warga emas dan kanak-kanak.

© Copyright 2024 Think City Sdn. Bhd. All Rights Reserved. Registration Number: 200901026839 (869941-P).
Ooops!
Generic Popup2