An insider’s guide to experiencing Kuala Lumpur in May – where to stay, what to eat, and how to explore the city during KL Festival.
And if you are game to venture toward Badan Warisan Malaysia (over at Jalan Stonor), look out for the OpenHouse restaurant’s heritage menu and its unique Orang Asli ulam garden – an experience that connects food with landscape and tradition in a more intimate way.
Panduan untuk menikmati Kuala Lumpur pada bulan Mei – tempat menginap, apa yang patut dimakan, dan cara terbaik meneroka bandar ini semasa KL Festival.
Minum-minum Petang
Sambil-sambil berpesta, jangan lupa untuk berehat sebentar. Carilah kuih-muih yang yang selalunya dijual di jalanan atau di pasar pagi – setiap satunya beraneka rasa dan rupa.
Tidak lupa juga kedinginan cendol santan berlemak serta air batu campur dengan sirap dan gula melaka dihirup petang-petang; atau teh tarik berbuih yang cukup rasa manis dan lemaknya. Semua ini bukan sekadar minuman ketika melepak – inilah sebahagian daripada bahasa harian yang ditutur oleh Kuala Lumpur.
Ada juga banyak kedai-kedai kopi, bakeri dan gerai makanan ringan di serata kota. Tempat seperti Pucks Coffee dan Silent Teddies Bakery (yang memperkasakan orang kurang upaya pendengaran) menawarkan jeda kecil di antara sela jadual harian anda yang padat.