KL Festival 2026 Call for Volunteers
  • Love culture, creativity and bringing people together?

    If you’re a great communicator, team player, problem-solver, and excited to learn while making a real impact, this is for you. No prior experience needed — just bring your positive attitude and willingness to collaborate!

    The KL Festival is a vibrant celebration of creativity, cultures and communities set in the heart of Kuala Lumpur’s historic core. From 6 to 31 May 2026, the city will come alive with performances, workshops, exhibitions and interdisciplinary experiences that connect artists and audiences across generations and backgrounds.

    This is a rare opportunity to contribute to a city-wide cultural initiative that brings together creators, communities and visitors from across Malaysia and beyond.

    We are seeking dedicated volunteers to help deliver an exceptional festival experience. Whether supporting front-of-house operations, assisting with city activations, or contributing to large-scale outdoor events, you will serve as an essential ambassador of the festival — the approachable, knowledgeable presence that ensures every attendee feels welcomed and supported.

    Join us to gain hands-on experience, develop new skills, build professional networks and play a meaningful role in shaping one of Malaysia’s most anticipated city festivals.

    Be part of KL Festival 2026. Apply today.

    ___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

    Interested? 

    Volunteer Recruitment Guideline: CLICK HERE 

    Volunteer Application Form: CLICK HERE 

    Application Deadline: 15 April 2026, 11.59pm 

    For more information, contact us at [email protected]

  • Adakah anda meminati budaya, kreativiti dan komuniti?

    Jika anda mempunyai kemahiran komunikasi yang baik, mampu bekerja dalam pasukan, cekap menyelesaikan masalah serta bersemangat untuk belajar sambil memberi impak yang nyata, peluang ini adalah untuk anda. Tiada pengalaman terdahulu diperlukan — hanya sikap positif dan kesediaan untuk bekerjasama.

    KL Festival merupakan sebuah sambutan yang meraikan kreativiti, kepelbagaian budaya dan komuniti, yang berlangsung di kawasan teras bersejarah Kuala Lumpur. Dari 6 hingga 31 Mei 2026, bandar ini akan dimeriahkan dengan persembahan, bengkel, pameran serta pengalaman merentas disiplin yang menghubungkan penggiat seni dan khalayak daripada pelbagai generasi dan latar belakang.
    Ini merupakan peluang yang jarang diperoleh untuk menyumbang kepada sebuah inisiatif kebudayaan berskala bandar yang menghimpunkan penggiat seni, komuniti dan pengunjung dari seluruh Malaysia dan juga antarabangsa.

    Kami sedang mencari sukarelawan yang komited untuk membantu menjayakan pengalaman festival yang berkualiti. Sama ada menyokong operasi Front-of-House, membantu aktivasi bandar, atau terlibat dalam acara luar berskala besar, anda akan berperanan sebagai duta festival — mewakili kehadiran yang mesra, berpengetahuan dan profesional bagi memastikan setiap pengunjung berasa dialu-alukan dan dibantu masa perlu.

    Sertai kami untuk memperoleh pengalaman praktikal, membangunkan kemahiran baharu, membina rangkaian profesional serta memainkan peranan bermakna dalam menjayakan salah satu festival bandar yang dinanti-nantikan di Malaysia.

    Jadilah sebahagian daripada KL Festival 2026. Mohon sekarang.

    ___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

    Berminat?

    Garis Panduan Pengambilan Sukarelawan: KLIK DI SINI

    Borang Permohonan Sukarelawan: KLIK DI SINI

    Tarikh tutup permohonan: 15 April 2026, 11.59 malam

    Untuk maklumat lanjut, hubungi kami di [email protected]

© Copyright 2024 Think City Sdn. Bhd. All Rights Reserved. Registration Number: 200901026839 (869941-P).
Ooops!
Generic Popup2