Anda bersetuju bahawa sebagai syarat bagi penggunaan Laman Sesawang ini:
- Anda telah mencapai had usia dewasa, melainkan anda telah memperoleh kebenaran daripada ibu bapa atau penjaga menurut Klausa 4;
- Anda berkeupayaan untuk mewujudkan perjanjian perundangan yang sah;
- Anda tidak dihalang daripada mengakses atau menggunakan Perkhidmatan di bawah mana-mana undang-undang yang terpakai;
- Penggunaan anda terhadap Perkhidmatan hendaklah mematuhi Terma Perkhidmatan ini sepanjang masa;
- Anda mempunyai hak untuk memberikan sebarang dan semua maklumat yang anda kemukakan berkaitan dengan Perkhidmatan dan semua maklumat tersebut adalah tepat, benar, terkini dan lengkap; dan
- Anda hendaklah mengemaskini serta membetulkan maklumat yang telah anda kemukakan berkaitan dengan Perkhidmatan dan memastikan bahawa maklumat tersebut sentiasa tepat sepanjang masa.
Anda tidak dibenarkan untuk menggunakan Laman Sesawang ini bagi apa-apa tujuan yang menyalahi undang-undang atau apa-apa penggunaan yang dilarang di bawah Terma Perkhidmatan ini dan/atau mana-mana notis lain yang terdapat di Laman Sesawang ini.
KL Festival menasihati anda supaya mendapatkan nasihat profesional sebelum bergantung kepada sebarang maklumat yang terdapat di Laman Sesawang ini. Dalam apa jua keadaan sekalipun, KL Festival tidak akan bertanggungjawab dalam apa-apa cara terhadap sebarang maklumat yang disediakannya di Laman Sesawang ini atau melalui Perkhidmatannya, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, sebarang kesilapan atau keciciran dalam mana-mana kandungan dan maklumat, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, teks, perisian, muzik, bunyi, gambar, grafik, video atau bahan lain (yang juga dikenali sebagai “Kandungan”), atau sebarang kerugian atau kerosakan dalam apa jua bentuk yang ditanggung berkaitan dengan penggunaan atau pendedahan kepada mana-mana Kandungan yang disiarkan, dihantar melalui e-mel, diakses, dipindahkan, atau selainnya yang disediakan melalui Perkhidmatan.
Apabila mengguna Laman Sesawang ini, anda tidak dibenarkan melakukan mana-mana perkara berikut:
- memfitnah, menyalahgunakan, mengganggu, menghendap, mengancam atau selainnya melanggar hak orang lain (seperti hak privasi dan publisiti);
- menerbitkan, menyiarkan, mengedarkan atau menyebarkan apa-apa bahan atau maklumat yang bersifat memfitnah, melanggar hak, lucah, tidak senonoh, menyinggung perasaan atau menyalahi undang-undang;
- memuat naik fail yang mengandungi perisian atau bahan lain yang dilindungi oleh undang-undang harta intelek (atau oleh hak privasi atau publisiti), melainkan anda memiliki atau mengawal hak tersebut atau telah memperoleh semua kebenaran yang diperlukan;
- memuat naik fail yang mengandungi virus, fail rosak atau mana-mana perisian atau program lain yang seumpamanya yang boleh merosakkan operasi komputer pihak lain;
- menyamar sebagai mana-mana individu atau entiti, termasuk tanpa had mana-mana pekerja atau wakil Syarikat;
- menyiarkan, menghantar atau menyebabkan sebarang komunikasi atau permintaan yang direka atau bertujuan untuk mendapatkan kata laluan, akaun atau maklumat peribadi daripada mana-mana pengguna lain Perkhidmatan disiarkan atau dihantar;
- menjalankan Maillist, Listserv, sebarang bentuk auto-responder atau “spam” melalui Perkhidmatan, atau apa-apa proses yang berjalan atau diaktifkan semasa anda tidak log masuk ke Laman Sesawang ini, atau yang lainnya mengganggu atau mengenakan beban yang tidak munasabah terhadap infrastruktur Perkhidmatan atau mana-mana laman sesawang atau perkhidmatan pihak ketiga;
- menjalankan crawlers, robots, spiders, scrapers, data miners atau alat pengekstrakan data, atau mana-mana fungsi lain yang seumpamanya;
- menyahkumpulkan, menjalankan kejuruteraan songsang (reverse engineer), atau selainnya cuba mendapatkan kod sumber Perkhidmatan;
- memadamkan sebarang pengiktirafan pengarang, notis undang-undang atau penandaan hak milik dalam mana-mana fail yang dimuat naik;
- memalsukan asal-usul atau sumber perisian atau bahan lain yang terkandung dalam mana-mana fail yang dimuat naik;
- mengiklankan atau menawarkan untuk menjual sebarang barangan atau perkhidmatan, atau menjalankan atau mengedarkan tinjauan, pertandingan atau surat berantai, atau memohon sumbangan; atau
- memuat turun mana-mana fail yang disiarkan oleh pengguna lain di Laman Sesawang ini yang anda tahu, atau yang secara munasabah patut anda ketahui, tidak boleh diedarkan secara sah melalui cara tersebut.
Sekiranya anda membuat pautan ke Laman Sesawang ini, KL Festival berhak untuk menarik balik kebenaran tersebut pada bila-bila masa menurut budi bicara mutlaknya. Syarikat berhak untuk menghendaki persetujuan bertulis terlebih dahulu sebelum sebarang pautan dibuat ke Laman Sesawang ini.
Anda hendaklah menanggung rugi serta melindungi KL Festival, syarikat induknya, anak-anak syarikatnya, sekutunya, pegawai-pegawainya dan pekerja-pekerjanya daripada sebarang tuntutan atau permintaan yang dibuat oleh mana-mana pihak ketiga, termasuk tanpa had segala kerugian, liabiliti, penyelesaian, kos dan fi guaman yang timbul daripada atau berkaitan dengan akses anda atau pekerja-pekerja anda kepada Perkhidmatan, penggunaan Perkhidmatan oleh anda, pelanggaran Terma Perkhidmatan ini oleh anda, atau pelanggaran mana-mana hak harta intelek atau hak lain mana-mana individu atau entiti oleh anda atau mana-mana pihak ketiga yang menggunakan akaun anda.